Makkah Dan Madinah Berkilau
10:46 PM Edit This 0 Comments »(sumber: http://www.spaceimaging.com/gallery/ioweek/archive/01-12-09/index.htm)


“Apakah ada amalan-amalan khusus yang disyariatkan untuk menyambut bulan Ramadhan?”
Syaikh –rahimahullah- menjawab:
“Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling utama dalam setahun. Karena pada bulan tersebut Allah subhanahu wa ta’ala menjadikan amalan puasa sebagai suatu kewajiban dan menjadikannya sebagai salah satu rukun Islam yaitu rukun Islam yang keempat. Umat islam pada bulan tersebut disyariatkan untuk menghidupkannya dengan berbagai amalan.
Mengenai wajibnya puasa Ramadhan, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
”Islam dibangun di atas lima perkara: persaksian bahwa tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya, menegakkan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan haji ke Baitullah.” (Muttafaqun ‘alaih. HR. Bukhari no. 8 dalam Al Iman, Bab “Islam dibangun atas lima perkara”, dan Muslim no. 16 dalam Al Imam, Bab “Rukun-rukun Islam”)
Nabi ‘alaihimush shalaatu was salaam bersabda,
“Barangsiapa melakukan puasa di bulan Ramadhan karena iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (Muttafaqun ‘alaih. HR. Bukhari no. 2014 dalam Shalat Tarawih, Bab “Keutamaan Lailatul Qadr”, dan Muslim no. 760 dalam Shalat Musafir dan Qasharnya, Bab “Motivasi Qiyam Ramadhan”)
Aku tidak mengetahui ada amalan tertentu untuk menyambut bulan Ramadhan selain seorang muslim menyambutnya dengan bergembira, senang dan penuh suka cita serta bersyukur kepada Allah karena sudah berjumpa kembali dengan bulan Ramadhan. Semoga Allah memberi taufik dan menjadikan kita termasuk orang yang menghidupkan Ramadhan dengan berlomba-lomba dalam melakukan amalan shalih.
Berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan sungguh merupakan nikmat besar dari Allah. OIeh karena itu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa memberikan kabar gembira kepada para sahabat karena datangnya bulan ini. Beliau menjelaskan keutamaan-keutamaan bulan Ramadhan dan janji-janji indah berupa pahala yang melimpah bagi orang yang berpuasa dan menghidupkannya.
Disyariatkan bagi seorang muslim untuk menyambut bulan Ramadhan yang mulia dengan melakukan taubat nashuhah (taubat yang sesungguhnya), mempersiapkan diri dalam puasa dan menghidupkan bulan tersebut dengan niat yang tulus dan tekad yang murni.”
[Pertanyaan di Majalah Ad Da’wah, 1284, 5/11/1411 H. Sumber : Majmu’ Fatawa Ibnu Baz, 15/9-10]
***
Demikian penjelasan dari Syaikh Ibnu Baz -rahimahullah-. Dari penjelasan singkat di atas dapat kita ambil pelajaran bahwa tidak ada amalan-amalan khusus untuk menyambut bulan Ramadhan selain bergembira dalam menyambutnya, melakukan taubat nashuhah, dan melakukan persiapan untuk berpuasa serta bertekad menghidupkan bulan tersebut.
Oleh karena itu, tidaklah tepat ada yang meyakini bahwa menjelang bulan Ramadhan adalah waktu utama untuk menziarahi kubur orang tua atau kerabat (yang dikenal dengan “nyadran”). Kita boleh setiap saat melakukan ziarah kubur agar hati kita semakin lembut karena mengingat kematian. Namun masalahnya adalah jika seseorang mengkhususkan ziarah kubur pada waktu tertentu dan meyakini bahwa menjelang Ramadhan adalah waktu utama untuk nyadran atau nyekar. Ini sungguh suatu kekeliruan karena tidak ada dasar dari ajaran Islam yang menuntunkan hal ini.
Juga tidaklah tepat amalan sebagian orang yang menyambut bulan Ramadhan dengan mandi besar terlebih dahulu. Amalan seperti ini juga tidak ada tuntunannya sama sekali dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Lebih parahnya lagi mandi semacam ini (yang dikenal dengan “padusan”) ada juga yang melakukannya campur baur laki-laki dan perempuan dalam satu tempat pemandian. Ini sungguh merupakan kesalahan yang besar karena tidak mengindahkan aturan Islam. Bagaimana mungkin Ramadhan disambut dengan perbuatan yang bisa mendatangkan murka Allah?!
Begitu pula dengan maaf memaafkan menjelang ramadhan, ini pun suatu amalan yang tidak tepat. Karena maaf memaafkan boleh kapan saja. Lantas mengapa dikhususkan menjelang Ramadhan? Apa dasarnya?
Semoga dengan bertambahnya ilmu, kita semakin baik dalam beramal. Semoga Allah selalu memberikan kita ilmu yang bermanfaat, memberikan kita rizki yang thoyib dan memberi kita petunjuk untuk beramal sesuai tuntunan.
***
Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal
Artikel www.rumaysho.com
![]() |
MUHYIDDIN Yassin beramah mesra dengan mahasiswa yang menyertai Persidangan Tahunan Pimpinan Mahasiswa Malaysia di Nikko Hotel, Kuala Lumpur semalam. - MINGGUAN/Shaifudin Mohd. Nor |
KUALA LUMPUR 31 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, proses menyeluruh dalam transformasi pendidikan negara perlu dilaksanakan segera seiring dengan perubahan pantas pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Beliau berkata, hanya dengan transformasi pendidikan yang berkesan mampu menghasilkan modal insan yang benar-benar boleh membawa negara ke tahap pembangunan ekonomi lebih baik berasaskan kreativiti dan inovasi.
"Transformasi ini pasti akan memperbaiki kualiti sekolah-sekolah kita dan membolehkan generasi muda kita menonjolkan potensi sebenar untuk berjaya dalam persaingan ekonomi global yang semakin mencabar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ke-4 di sini hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, elemen kreativiti dan inovasi di dalam kurikulum, corak pengajaran dan proses pembelajaran serta sistem penilaian perlu diterapkan dalam pendidikan negara bagi menghasilkan modal insan yang berdaya saing.
Katanya, transformasi pendidikan juga akan berupaya mewujudkan suasana perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
"Bagaimana pula transformasi pendidikan ini boleh membantu kita membina Malaysia yang bersatu-padu? Ia boleh dilaksanakan dengan pendemokrasian pendidikan iaitu memperbaiki kualiti sekolah yang sekali gus meluaskan peluang pendidikan berkualiti kepada semua kaum," katanya.
Beliau berkata, tidak akan wujud lagi prejudis perkauman apabila semua rakyat Malaysia mendapat hak sama rata untuk pendidikan yang berkualiti.
Katanya, hanya dengan mempertingkatkan kualiti pendidikan negara mampu memadamkan segala perbezaan yang boleh menyebabkan konflik dan prejudis perkauman pada masa depan.
"Sejarah telah membuktikan bahawa pendidikan memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan taraf hidup rakyat Malaysia terutama di kalangan bumiputera yang tidak berkemampuan.
"Melalui usaha kerajaan mewujudkan Dasar Ekonomi Baru telah berjaya membantu bumiputera mendapatkan peluang pendidikan lebih baik seterusnya memperbaiki status ekonomi dan sosial serta berada setaraf dengan kaum lain," katanya.
Muhyiddin berkata, sistem pendidikan yang berkesan telah berjaya menangani jurang ekonomi yang ketara di kalangan masyarakat pelbagai kaum serta mengurangkan ketegangan kaum.
"Pada hari ini kerajaan berazam membantu semua kaum mendapatkan peluang pendidikan yang lebih baik dan salah satu langkah adalah menyediakan biasiswa pendidikan dan memperluaskan peluang pendidikan tinggi.
"Dengan langkah ini kita berharap rakyat berbilang kaum di negara ini akan menikmati faedah terutama dalam aspek ekonomi selain mengeratkan lagi perpaduan sesama sendiri," katanya.
Muhyiddin turut mengingatkan generasi muda pada hari ini bahawa menguruskan sebuah negara berbilang kaum memerlukan tindakan dan langkah yang adil kepada semua.
Katanya, kadangkala tindakan sesuatu kaum meminta sesuatu perkara secara berlebihan hanya akan menyebabkan rasa tidak puas hati kepada kaum lain.
"Kita perlu melihat dalam gambaran yang lebih luas. Kita perlu meletakkan kepentingan negara lebih dari segalanya termasuk membuat permintaan yang hanya untuk kepentingan kaum tertentu semata-mata," katanya.
Tambah Muhyiddin, masyarakat perlu menerima hakikat bahawa sebagai sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia, hubungan antara kaum yang harmoni merupakan matlamat utama pemerintah.
PUTRAJAYA 31 Julai - Awas! penjawat awam yang cuba 'curi tulang' dengan menghabiskan masa di kafetaria atau pusat membeli-belah pada waktu pejabat di sini.
Ini kerana gelagat anda akan dirakamkan menerusi kamera kompak oleh anggota dua skuad pemantau dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN).
Skuad yang ditubuhkan itu akan berkeliaran di lokasi-lokasi yang dikenal pasti antaranya Taman Warisan Pertanian dan Alamanda untuk merakam perbuatan seumpama itu.
Pengarah Bahagian Perkhidmatan di JPA, Datuk Dr. Mohd Azhar Yahaya memberitahu, pemantauan itu dilakukan ekoran aduan orang ramai terhadap sikap segelintir pegawai awam yang tidak mematuhi waktu bekerja dan berada di pusat membeli-belah semasa tempoh tersebut.
Waktu rehat bagi sektor awam adalah antara 1 hingga 2 petang sahaja tetapi kelonggaran diberikan kepada penjawat awam yang mempunyai urusan rasmi pada waktu itu.
''Pegawai awam yang ditangkap semasa operasi dilaksanakan akan diambil maklumat peribadi mereka dan dipanjangkan kepada ketua jabatan masing-masing untuk diambil tindakan sewajarnya.
''Ketidakpatuhan waktu bekerja bertentangan dengan Perintah Am 5, Perintah-Perintah Am Bab G Waktu Bekerja dan Lebih Masa 1974.
''Juga, menyalahi Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 serta Tatakelakuan Pegawai Awam di bawah Peraturan 4," katanya dalam surat Edaran JPA 2020 yang dikeluarkan di sini hari ini.
Mohd. Azhar berkata, susulan dari tindakan itu, ketua jabatan diminta menguatkuasakan peraturan mengenai pematuhan waktu masuk bekerja pada sebelah pagi dan tengah hari.
''Mereka juga perlu membuat pemantauan secara berterusan di kantin, kafeteria dan di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan pegawai di bawah seliaan masing-masing," katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Korporat JPA, Nik Noraini Nik Ya berkata, meskipun waktu anjal bekerja diperuntukkan kepada penjawat awam namun ia bukan faktor atau alasan untuk duduk minum di kafetaria semasa waktu pejabat.
''Kita ada tiga waktu anjal bekerja iaitu antara 7.30 pagi hingga 4.30 petang, 8 pagi - 5 petang dan 8.30 pagi - 5.30 petang namun kakitangan tidak boleh sewenang-wenang keluar untuk sarapan pada pukul 9 pagi walaupun anda masuk 7.30 pagi.
''Bagaimanapun di sini, pengecualian tertentu bergantung kepada situasi misalnya jika penjawat awam itu dari kalangan guru. Dengan masa bekerjanya antara 7 pagi hingga 1 petang, takkan skuad berkenaan mahu menahannya atas kesalahan itu jika ternampak dia di Alamanda sekitar pukul 3 petang," katanya.