Nostalgia SPM 1993

6:14 AM Edit This 0 Comments »
Teringat pula nostalgia 1993 di mana pada tahun itu aku menghadapi peperiksaan SPM. Suasananya sama iaitu berlaku pada musim banjir juga. Hari bersejarah itu aku diberi kebenaran oleh ayahku untuk menunggang motor honda lampu bulat untuk ke sekolah yang jaraknya lebih kurang 15 km dari rumah aku. Setiap hari aku melalui jambatan rakit untuk ke sekolah tetapi pada hari peperiksaan SPM bermula jambatan rakit tadi ditenggelami air, cuma bahagian tengah sahaja yang kelihatan. Aku panik juga, lalu aku redah jambatan tadi dengan kudratku yang terhad ini. Aku berjaya tetapi malangnya motor aku tiba-tiba mati. Puas aku "menyetatnya" tapi tak juga berjaya. Aku semakin panik, mujurlah ada seorang pak cik tua menolong aku. Hanya tiga atau empat kali setat je motor aku dah hidup semula. Aku pecut laju-laju supaya cepat sampai tapi aku terlewat juga 20 minit. Hanya tuhan saja yang tahu betapa 'kenalinnya' aku ketika itu.

0 comments:

Bersama anak-anak

Bersama anak-anak
Powered By Blogger

Archive